Thursday, February 26, 2009

Peringatan Kepada Umat Islam

Website islamik yg di buat oleh yahudi,Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramku yang se-iman !!! Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia akan mendapat informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya. Waspadalah terhadap website di bawah ini:

1. www.answering-islam.org
2. www.aboutislam.com
3. www.thequran.com
4. www.allahassurance.com

Web-web tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang sentiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia. Selalu waspada dan jeli terhadap website yang direka oleh yahudi untuk mengelirukan umat Islam. Wallahua'lam.

Friday, February 20, 2009



ABDULLAH BIN `ABBAS RADHIALLAHU `ANHU (IBNU `ABBAS)

Beliau adalah Abdullah bin al-Abbas bin Abdul Muttalib bin Hasyim. Bapanya adalah bapa saudara bagi Baginda Nabi s.a.w. maka Ibnu Abbas adalah sepupu Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan 3 tahun sebelum peristiwa Hijrah berlaku. Semasa dilahirkan, beliau telah ditahnikkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka, sudah menjadi dugaan para sahabat bahawa beliau akan menjadi salah seorang sahabat yang hebat berikutan bertemunya mulutnya dengan air liur Baginda yang berkat dan mulia sejak masih kecil lagi.
Sejak kecil lagi, Ibnu Abbas amat rapat dengan Baginda s.a.w. Kemana sahaja Baginda pergi, disana berdirinya Ibnu Abbas. Melangkah sahaja Rasulullah s.a.w. maka Ibnu Abbas menjadi peneman setia. Maka tidak hairanlah keilmuan yang dimiliki oleh Ibnu Abbas tidak ada tolok bandingnya kerana beliau sentiasa melazimi Rasulullah s.a.w dimajlis-majlis ilmu dan dimana sahaja. Sudah tentu banyak yang dicurahkan oleh Baginda Nabi s.a.w. kepada beliau dan sudah tentu banyak sekali pengalaman dan ilmu yang dapat dikutip seberadanya bersama Rasulullah s.a.w. Tambahan pula, beliau pernah mendapat doa daripada Baginda s.a.w. Diantara riwayat yang menceritakannya adalah seperti berikut:
عن ابن عباس رضى الله عنهما قال: أن النبى صلى الله عليه وسلم دخل الخلاء, فوضعتُ له وضوءا. قال النبى صلى الله عليه وسلم : (من وضع هذا؟) فأخبر فقال : (اللهم فقهه فى الدين) رواه البخارى
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Suatu hari Baginda s.a.w. memasuki tandas, maka lantas aku meletakkan air untuk Baginda bersuci (tanpa disuruh). Maka sabda Baginda s.a.w : Siapakah yang meletakkannya?. Dikhabarkan kepada baginda bahawa aku yang meletakkannya. Sabda baginda : Ya Allah!!! Engkau fahamkanlah dia dalam urusan agama. (H.R. Bukhari)
وكان عمر رضى الله عنه يدعوه ويقرّبه ويقول : إني رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم دعاك يوما فمسح رأسك فقال: ( اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل)
Maksudnya: Pada suatu hari Saidina Umar r.a. memanggilnya (Ibnu Abbas) serta menghampirinya lantas berkata : Sesungguhnya aku pernah melihat pada suatu hari Rasulullah s.a.w. mendoakanmu dan menyapu kepalamu dengan sabda Baginda: Ya Allah!!! Engkau fahamkanlah dia dalam urusan agama dan ajarkanlah dia akan takwilan.
Maka tidak syak lagi tingginya nilai akhlak,budi dan ilmu yang ada pada Ibnu Abbas r.a. Sehinggakan apabila beliau dewasa, gelaran Hibrul Ummah wa Turjumanul Quran dinisbahkan kepada beliau. Kehebatannya dalam bidang ilmu terutamanya dalam bidang tafsiran al-Quran dan Hadis melayakkan beliau menjadi rujukan utama para sahabat dalam bidang al-Quran, Hadis dan Feqh. Telah berkata Ubaidillah bin Abdullah bin Atabah:
“Tidak pernah aku menemui seseorang yang lebih alim dan fakih daripada Ibnu Abbas r.a kerana dia mendahului orang lain dari aspek hadis dan hukum hakam daripada Saidina Abu Bakar, Umar dan Usman radhiallhu Taala `anhum. Tidak ada juga yang lebih pakar dalam tafsir al-Quran, bahasa Arab, syair-syair dan ibarat Arab, pengiraan dan faraidh melainkan dia. Adalah dia mengajar sehari untuk ilmu feqah, sehari untuk tafsir, sehari untuk untuk syair dan sehari untuk sejarah-sejarah Arab. Tidak pernah aku melihat seorang yang alim datang kepada Ibnu Abbas melainkan dia akan tunduk dan tawadhuk dengan Ibnu Abbas, dan tidak ada seseorang yang bertanyakan sesuatu kepadanya melainkan disisi Ibnu Abbas sudah ada jawapan yang diberikannya”.
Menurut riwayat, Ibnu Abbas adalah seorang yang warak, zuhud, banyak beribadah dan banyak menangis sehinggakan wujud kesan tangisan di kedua belah pipinya.
Ibnu Abbas r.a wafat di Thaif pada tahun 68 Hijrah. Menurut riwayat, apabila hari pengkebumiannya, burung-burung putih kelihatan masuk kedalam usungan mayat beliau akan tetapi tidak pula dilihat keluar daripada usungan mayat tersebut. Apabila hendak dikebumikan, tiba-tiba terdengar satu suara dari kuburnya berkata:
يأيتها النفس المطمئنة // ارجعى إلى ربك راضية مرضية // فادخلي فى عبادي // وادخلي جنتي
Justeru, diharap sejarah ringkas Sahabat Rasulullah s.a.w. ini mampu menaikkan semangat kita untuk terus dan terus menuntut ilmu Allah di bumi bertuah ini.

Tuesday, February 3, 2009

Menangkis Virus-Virus Ukhuwwah


Dalam surat Al Hujurat (QS 49) Allah SWT memaparkan 7 cara bagi kita untuk menangkis virus-virus ukhuwwah yang boleh menghancurkan shaf ukhuwwah yang telah dibina.

1. Tabayyun
Tabayyun bererti mencari kejelasan informasi dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Kerana Allah SWT berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)


2. ‘Adamus Sukhriyyah
Ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ." (QS 49:11)Saat ini terdapat banyak kelompok atau organisasi dakwah. Harus kita sedari bahawa diantara kelompok-kelompok dakwah tersebut terdapat perbezaan yang prinsip mahupun yang tidak berprinsip. Perbezaan dalam menentukan al-hadaful a’la (sasaran tertinggi) termasuk dalam masalah prinsip.Kondisi ini memancing suasana tanafus (persaingan) yang kadang bentuknya tidak sihat. Persaingan ini akan semakin tidak sihat dengan tampilnya oknum-oknum yang senang melontarkan ungkapan-ungkapan bernada persaingan.Berhimpunnya kelompok-kelompok dakwah dan harakah yang ada di bumi sekarang ini adalah suatu mimpi indah. Sebagaimana yang ditulis DR.Yusuf Qardhawi, maka kesatuan wala’ dan tumbuhnya suasana ta’awun dalam menghadapi konspirasi para thaghut adalah sesuatu yang tidak dapat ditawar lagi. Dan kalaupun hal ini belum terwujud kerana ada beberapa hal yang belum bisa kita lakukan, maka tidak mampukah kita sekadar meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya) seperti yang dinyatakan iblis???
3. ‘Adamul Lamz
Maksudnya tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya:"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri’. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah masalah status dan standar kebendaan. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (lLihat QS, 18:28).
4. Tarkut Tanabuz
Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah SWT:"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11)Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.
5. Ijtinabu Katsiran Minadzdzan
Allah SWT berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12)Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut. Dan sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin harus menaruh curiga bila mereka bermanis budi. Allah SWT sendiri menegaskan:"Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk mengahalangi manusia dari jalan Allah." (QS 8:36)

6. Adamut Tajassus
Adamut Tajassus adalah tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Setiap cara da'wah ada metod masing-masing, yang berusaha semaksima mungkin mendekati cara berda'wah Rasulullah SAW. Allah SWT amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah SWT:"Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)


7. Ijtinabul Ghibah
Allah SWT menegaskan:"Dan janganlah kamu sekalian mencela sebagian lain.Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?…"Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi berarti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Thursday, January 15, 2009

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat



Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Nabi Muhammad melarang umatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadis, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barang siapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Kerana dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Penderitaan didunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan.

Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. ‘Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur’. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan disana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar)”. Mereka yang bayak ketawa di dunia nescaya banyak menagis di akhirat.’ Sayidina Ali sentiasa mengeluh “jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan”.

Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Sebaik-baik cara bergenbira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata ‘Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak(Terbahak-bahak)’.


Ilmu Memelihara Agama


DI Britain, 25 Disember adalah hari Krismas sementara 26 Disember juga hari cuti yang mana kebanyakan pasar raya-pasar raya membuat jualan murah yang dianggap luar biasa. Seperti mana manusia sedunia tahu, apabila Krismas menjelang, wajah Santa Claus yang berbaju merah dan berambut putih panjang muncul di mana- mana.

Filem dan berbagai rancangan media akan mempromosikan Santa Claus dan kehadirannya pada hari Krismas. Walaupun sebahagian rancangan TV di sini mempersendakan Santa Claus. Bahkan mereka juga sering mempersendakan Jesus yang mereka anggap sebagai anak Tuhan dengan berbagai lawak jenaka yang amat tidak wajar untuk dikenakan kepada tokoh biasa, apatah lagi yang insan yang mereka anggap tuhan.

Namun, bagitulah jadinya nilai agama pada mereka. Santa Claus sebenarnya satu watak yang tidak pernah wujud dalam nas-nas agama Kristian sama ada yang telah diubah, apatah lagi yang asal. Bible sama sekali tidak pernah menyebut tentang kemunculan ‘watak Santa Claus’.

Ia hakikatnya adalah benar-benar khurafat dan bidaah yang telah palitkan kepada agama mereka sehingga ia akhirnya muncul menjadi perlambangan agama yang diterima umum dan sukar untuk dikikis lagi. Ia lebih teruk dari kepercayaan sesetengah masyarakat kita yang menyalakan lampu pada malam tujuh likur atau kepercayaan bahawa pada bulan Muharam digalakkan membuat bubur bagi mencontohi Nabi Noh a.s. Cerita Santa Claus lebih menonjol daripada faktor sebenar orang-orang Kristian menyambut Krismas.

Maka tidak hairanlah pada kita mengapakah Nabi SAW sering mengingatkan agar jangan mengada-adakan perkara yang baru atau bidaah yang dipalitkan menjadi agama. Tempelan baru yang dibuat atas nama agama jika dibiarkan akan menjadi kepercayaan yang akan mengambil tempat agama yang sebenar. Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya sebaik-baik bicara adalah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat (Riwayat Muslim).

Al-Imam al-Syatibi (meninggal 911H) ketika mentakrifkan maksud bidaah menyebut: Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. (al-Syatibi, al-I’tisam, m.s 27, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Ertinya manusia boleh berinovasi dalam berbagai perkara, tetapi cara cuba mengadakan kepercayaan atau upacara agama yang tidak bersumberkan wahyu sehingga itu dianggap agama. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah.