Thursday, January 15, 2009

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat



Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Nabi Muhammad melarang umatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadis, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barang siapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Kerana dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Penderitaan didunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan.

Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh. ‘Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur’. Demikian ditegakkan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa dalam kegelapan disana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar)”. Mereka yang bayak ketawa di dunia nescaya banyak menagis di akhirat.’ Sayidina Ali sentiasa mengeluh “jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan”.

Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam. Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Sebaik-baik cara bergenbira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata ‘Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak(Terbahak-bahak)’.


No comments:

Post a Comment